Advertisements

Hajat Nak Makan Nasi Lemak di Marrybrown Tak Sangka Bersalin Terus

Nurul Haslina Abdul Halim,27, pada awalnya bercadang untuk menikmati nasi lemak, tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila dia berasa sakit dan terus bersalin di sebuah restoran di Sungai Petani.

Dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.56 kilogram dengan pertolongan seorang jururawat swasta dan kakitangan restoran kira-kira jam 11.20 malam.

image

Suami Nurul Haslina, Mohd Lutfi sedang mengalunkan qamat 

Nurul Haslina tidak menyangka sakit yang dialaminya adalah petanda untuk dia bersalin. Air ketubannya pecah sebaik sahaja dia selesai menikmati hidangan dan berdiri untuk membasuh tangan. Selepas itu beliau tidak dapat bergerak. Mujurlah pada waktu itu terdapat seorang jururawat swasta yang membantu menyambut kelahiran anaknya.

Dua seterusnya dihantar ke hospital dan ditempatkan di Wad Bersalin Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Sumber : Sinar Harian

Artikel Berkaitan: Lelaki Obses Dengan Tuala Wanita, Jiran Menggelarnya Tidak Siuman. Menjadi Kaya Akhirnya.

Advertisements