Advertisements

Zila Seeron Sembunyi Belakang Almari Ketika ditangkap, Mengaku Bersalah

Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi didenda RM 2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah hari ini. Hukuman dibuat setelah kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan khalwat yang dilakukan pada Ogos lalu.

Zila dituduh  berkhalwat dengan bukan mahram di Apartemn Mohd Khairul di Bukit Jalil pada 13 Ogos lalu di antara pukul 6.55 pagi hingga 7.13 pagi. Zila dalam rayuan memohon agar mahkamah meringankan hukuman denda kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi dan baru memulakan kerja baru manakala Mohd Khairul pula merayu atas sebab perlu menanggung anaknya. Mereka walaubagaimanapun membayar denda.

zila-seeron

ZIla Seeron mengaku bersalah berkhalwat. Kerkeru doakan semuanya dipermudahkan untuk Zila dan Along

Menurut fakta kes, anggota penguatkuasa melakukan pemeriksaan ke atas apartmen Mohd Khairul pada pukul 6.56 pagi tetapi menolak untuk membuka pintu. Setelah amaran tidak diendahkan, penguatkuasa memotong mangga besi pada pintu jeriji apartmen tersebut.

Hasil pemeriksaan seterusnya menemukan Zila seeron di sebalik almari dengan memakai baju T berbunga dan seluar berwarna kelabu tanpa tudung lapor Mstar.

Artikel Berkaitan : Video Klip “Jaga-jaga” Amira Othman dilihat 1 juta Kali dalam 10 hari

 

Advertisements