Advertisements

Bila Sudah Kerja Baru Terfikir Seronoknya Zaman Belajar

Aku ingin berkongsi kisah aku yang dari dulu memberontak untuk cepat habis sekolah. Antara faktornya adalah rakan-rakanku yang sering memberi tekanan kepadaku dan sering mencari silapku. Aku kerap sahaja makan hati dengan perangai mereka. Setiap hari aku berdoa supaya zaman persekolahan cepat habis. Akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaranku di peringkat SPM.

Setelah tamat belajar, barulah aku rasa menyesal kerana tiada lagi rakan yang ada bersamaku, menghiburkan aku. Jujur aku katakan aku rindukan mereka, ada banyak kenangan manis yang kami cipta bersama. Mungkin dulu aku terlalu ikutkan perasaan mungkin disebabkan tertekan. Maklumlah remaja yang baru nak meningkat hormon tak stabil.

Apabila aku di kolej, aku juga mengalami masalah yang sama. Aku mempunyai rakan-rakan yang busy body, kena ikut cakap dia je,over acting. Bukan itu sahaja, lecturer yang pilih kasih juga menjadi punca. Lama kelamaan aku menjadi tertekan. Aku kerap sahaja menghabiskan masaku dengan bekerja sambilan di sebuah pasaraya. Aku sering sahaja merungut ,aku bosan. Aku mahu bebas dan aku mahu habis belajar dengan cepat. Betapa pendeknya pemikiran aku ketika itu.

Aku tidak tahu yang zaman belajar sebenarnya adalah masa dan saat yang paling seronok. Tak perlu fikir pasal kerja, boleh bercuti bila-bila masa sahaja, tak perlu fikir pasal bos marah, malah bukan itu sahaja kita juga tak perlu nak mohon cuti untuk pulang berjumpa keluarga tercinta kerana setiap semester ada peruntukan cuti yang sangat lama untuk kau melepaskan rindu.

Kini aku seorang Bisnes Analis di sebuah syarikat swasta yang terletak di Kuala Lumpur. Masa aku amat terhad bersama keluarga. Aku juga jarang dapat cuti kerana kerja yang tidak menentu. Kadang kala masa rehat juga tidak cukup. Sungguh aku rindukan zaman belajar dulu. Kawan-kawan juga tidak sama kerana di tempat kerja kawan-kawan sebaya tidak ada kerana kebanyakan sudah berumur. Kau juga kekeringan idea untuk berbual dengan mereka. Untung mereka yang dapat rakan sekerja yang satu kepala dengan kau. Kalau dapat yany mementingkan diri tidakkah merana.
Di sini aku ingatkan pada mereka yang sedang belajar tu. Ciptalah sebanyak manapun kenangan dengan kawan-kawan, rehatlah sepuas-puasnya kerana zaman sekarang kita kena bekerja keras untuk kesenangan diri. Jadi hargailah setiap zaman yang anda lalui.

Artikel Berkaitan : Selesaikan ‘Hutang Jahat’ Guna Teknik Bola Salji, Lelaki Ini Kongsi Caranya

By : Amanda Aulia

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s