Advertisements

Tips Menangani Pasangan Yang Mengalami Kemurungan

Ada terlalu banyak perkara yang boleh menjadikan seseorang itu mengalami kemurungan, antaranya masalah kewangan, masalah keluarga, masalah di tempat kerja dan masalah dengan kawan-kawan.

Apabila anda sudah mempunyai pasangan; sudah berkahwin atau masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing, masalah kemurungan ini menjadi lebih berat kerana boleh mengganggu kepercayaan pasangan anda. Apabila kepercayaan sudah tiada, kemungkinan perhubungan itu akan roboh adalah sangat besar. Pada waktu inilah kemurungan boleh menjadi beban yang lebih teruk lagi.

Mula-mula kita perlu faham bagaimana berbezanya lelaki dan wanita menangani masalah. Lelaki bila menghadapi masalah yang sukar untuk diselesaikan, dia mula mendiamkan diri dan kurang bercakap. Dia mahu berfikir dengan tenang dan kadang kala mungkin lebih banyak menghabiskan masa dengan bersendirian. Bagi wanita pula, bila mereka menghadapai masalah, seboleh-bolehnya mereka mahu bercakap-cakap dengan orang tersayang dan kawan-kawan.

Perkara yang selalu menjadi pergaduhan ; apabila si perempuan mula sangsi dengan pasangannya kerana tidak bercerita masalah yang beliau hadapi dan mula mengorek cerita-cerita daripada kawan-kawan pasangannya. Cerita begini selalu kita dengarkan?

Jika yang menghadapi kemurungan itu lelaki, ini adalah nasihat untuk wanita :

Beri pasangan anda masa untuk menerangkan situasi sebenar. Lelaki adalah kaum yang tidak pandai meluahkan perasaan mereka. Beri ruang untuk mereka berehat dan menenangkan fikiran. Mereka sebenarnya sedang keras berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Akan tiba masanya beliau akan berkongsi masalah itu dengan anda, jangan terlalu risau.

Jika yang menghadapai kemurungan itu wanita, ini adalah nasihat untuk lelaki :

Wanita perlu banyak bercakap untuk mengurangkan tekanan. Biarkan si dia bercakap dan dengar dengan penuh teliti. Separuh daripada masalah mereka akan selesai hanya meluahkannya dengan seseorang yang mampu mendengar dan memahami masalah mereka. Menyelesaikan masalah selalunya perkara nombor dua, perkara pertama adalah anda perlu mendengar dan memahami walaupun ceritanya panjang dan berbelit-belit. Kadang-kadang anda akan rasa masalah itu tidak sebesar mana dan penyelesaiannya sangat mudah.

Anda mungkin kadang-kadang tak faham kenapa perkara tersebut menjadi masalah pada mulanya. Akan ada masanya si dia tidak mahu sebarang penyelesaian kerana dia boleh menyelesaikannya sendiri dan anda mula berfikir “habis tu kenapa kita bincang perkara ni?”Jangan sekali-kali utarakan ayat ini nanti gaduh besar lagi. Cukup hanya dengan mendengar dan memahami.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s