Advertisements

Ini Rahsianya Kenapa Perempuan Jepun Tidak Gemuk dan Panjang Umur

Wanita Jepun memang terkenal dengan umur yang panjang dan gaya hidup sihat yang membuatkan mereka bukan sahaja nampak muda tetapi berjaya mengawal berat badan. Sebuah buku tulisan Naomi Moriyama yang bertajuk  “Perempuan Jepun Tidak Gemuk dan Tua” memberikan anda gambaran tentang apa yang ada di dapur seorang wanita Jepun yang berkongsi rahsia untuk terus sihat dan mencapai umur yang panjang.

Menurut Moriyama, masakan Jepun secara semulajadinya adalah makanan yang membantu mengurangkan berat badan. Banyak masakan mereka mempunyai bahan asas seperti ikan, soya, buah-buahan, teh hijau, rumpai laut dan nasi yang membantu meningkatkan kesihatan mereka.

teh-hijau

Teh hijau dikatakan boleh membantu mengurangkan berat badan

Menurut pakar, bahan-bahan di atas juga mengandungi elemen anti penuaan. Kebiasaannya mereka mengambil nasi, ikan bakar dan sayuran yang dimasak. Moriyama seterusnya berkata, ibubapa dalam masyarakat Jepun mendidik anak-anak mereka untuk mengunyah makanan secara perlahan-lahan agar mereka dapat menghargai makanan.  Mereka tidak pernah memenuhkan mangkuk nasi mahupun memasak dalam kadar yang banyak.

nasi-jepun

Nasi, sayur-sayuran dan ikan merupakan makanan asas harian masyarakat Jepun

Persamaan yang ada dengan budaya di Malaysia ialah mereka memakan nasi setiap hari. Untuk mereka , sarapan pagi seperti nasi kukus, sup, tahu, rumpai laut, ikan atau telur, teh hijau dan sedikit bawang putih adalah makanan paling penting bagi mereka.

Artikel Berkaitan : Doktor kongsi 15 tips turun berat badan dengan mudah

Selalu Dikeji Sebab Gemuk, Tetapi Sekarang Baru Mereka Tahu

Masyarakat Jepun juga mengambil makanan pencuci mulut berasaskan gula tetapi hanyalah sekali sekala dan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mereka gemar memakan kek, coklat, aiskrim dan biskut tetapi pada masa yang sama amat sedar akan kesan negatif yang ada. Di penghujung bukunya, Moriyama berkata masyarakat Jepun sangat aktif bersenam seperti berjalan, mendaki dan menunggang basikal untuk kekal sihat.

SUMBER

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s