Harnaam Kaur menghidap penyakit polycystic ovary syndrome. Ianya adalah penyakit berkaitan hormon yang menyebabkan pertumbuhan lebihan bulu di muka. Berumur 24 tahun dan berasal dari Berkshire, England. Berikutan penyakit yang dihidapi, Harnaam sering dibuli semasa kecil tetapi kini tampil dengan yakin untuk hidup seperti manusia normal yang lain.
Namanya tercatat dalam World Guiness Book Of Record sebagai wanita termuda dengan janggut sepanjang 6 inci dan wanita berjanggut pertama memperagakan pakaian di London Fashion Week.