Advertisements

Selalu Dikeji Sebab Gemuk, Tetapi Sekarang Baru Mereka Tahu

Setiap hari aku menangis apabila mengingatkan kata-kata yang di lemparkan oleh rakan-rakanku. Malah bukan itu sahaja saudara maraku juga begitu. Kadang kala aku merasa tertekan kerana mereka sering sahaja menghina tubuh badanku. Mereka kata aku gemuk macam tong. Mereka kata aku macam mak orang bukan itu sahaja mereka kata aku macam mak cik. Cukup dulu waktu sekolah menengah mereka ejek aku macam-macam naik zaman matriks pun mereka menghina aku.

Hampir 2 tahun setengah aku berendam air mata di matriks mengenangkan aku datang ke sana untuk belajar, aku gigihkan juga untuk menghadap mereka yang mulut longkang itu.
Masih aku ingat ketika aku di tingkatan 4 aku pernah di masukkan ke hospital kerana kekurangan protein dan dehidrasi akibat diet yang keterlaluan. Semenjak dari itu ibu tidak lagi menekan aku tentang saiz badan. Cuma mengingatkan untuk bersenam supaya badan tidak cepat letih.

Bukan itu sahaja aku juga susah untuk mencari baju kerana sering tiada saiz yang besar untuk aku. Disebabkan itu jugalah aku terpaksa memakai baju yang ala-ala makcik. Apabila aku keluar membeli belah ada sahaja yang memanggil aku makcik. Malunya bukan kepalang. Ketika itu aku baru berumur 19 tahun, sejak dari itu aku kurang keluar ke tempat yang ramai orang. Aku tidak yakin dengan diri aku sendiri.

Suatu hari ketika aku di tahun akhir, aku terjumpa seorang lelaki dan aku jatuh cinta kepadanya. Aku cuba untuk mengenalinya tetapi apakan daya aku tidak langsung dipandang malah dia juga tidak membalas senyumanku. Barulah aku tahu siapa aku dimatanya. Sejak dari itu aku tekad untuk kuruskan badan tetapi dengan cara yang betul. Habis sahaja matrikulasi, aku bekerja sambilan di pasaraya dan aku juga mula berjinak dengan diet atkins. Beratku susut sedikit dan tidak lama kemudian aku dapat tawaran sambung belajar di UUM. Sungguh gembira aku dengan berita itu, bukan itu sahaja, selama 4 bulan aku bekerja aku dapat menurunkan hampir 25kg berat badan. Kini berat aku sudah menjadi 70kg, sedikit susut. Ibu dan papa pun perasan perubahan aku. Saudara mara aku tidak lagi aku ketemu kerana sejak kejadian aku di masukan ke hospital dulu aku tekad untuk tidak berjumpa mereka.

Sebulan setelah aku bergelar mahasiswi di UUM, aku berjumpa semula dengan rakan-rakan di sekolah dulu. Mereka terkejut melihat perubahan aku malah ada yang meminta maaf. Aku juga terkejut melihat seorang dari mereka gemuk seperti di pam-pam tetapi aku faham perasaan dia dan tidak mengejeknya. Aku mengajak dia diet bersama-sama aku. Dia terima. Ada yang kata karma. Tetapi aku biarkan saja sebab semuanya pasti ada hikmah.

Pejam celik aku sudah pun di tahun akhir, kini beratku sudah menjadi 50kg dan aku kelihatan sangat cantik dan anggun. Aku sudah punyai ramai peminat. Bukan itu sahaja mak cik-pak cik ku juga meminta tips untuk menjadi kurus. Aku ketawa riang apabila teringatkan kejadian itu.

Secara rasmi aku sudah bergelar graduan sarjana muda dalam bidang kejuruteraan pengkhususan Software Development. Aku juga sudah mendapat kerja di sebuah syarikat di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Di situ juga aku terjumpa pemuda yang pernah aku suka dulu. Aiman Rashidi, dialah yang pernah aku minati dulu. Dia juga yang menguatkan semangat aku untuk kurus.

Dia menghampiri aku dan menghulurkan salam. Aku menyambut dan menyebut nama penuh aku. Dia terkedu dan sukar untuk percaya. Aku hanya tersenyum sinis. Dia kata dia mahu mengajakku keluar. Aku menolak dan berkata aku tidak keluar dengan orang yang memilih untuk di jadikan kawan. Sepatut dari dulu dia nampak aku. Bukan sekarang.

Aku meninggalkan dia tanpa kata-kata.Itulah orang cakap Don’t jugde a book by its cover. Kau nak berkawan pun nak kena pilih-pilih, yang miskin taknak kawan, yang gemuk pun taknak kawan. Pertikaikan rupa orang. Sepatutnya kau kena tengok hati dan peribadi dia. Bukan kawan sebab rupa atau harta.

Moralnya kita taka da hak untuk menghina orang. Ingat Allah tu maha adil. Sekali kau buat orang, sampai bila-bila orang akan ingat. So hati-hati dalam berkata-kata.

Advertisements

1 Comment on Selalu Dikeji Sebab Gemuk, Tetapi Sekarang Baru Mereka Tahu

  1. jambul biru // 31 Mei 2017 at 11:35 am //

    Tak btul skp kau tu. Klau kwn2 tak kutuk dulu tentu kau x mcm skrg. Ptutnya tksh pd mrk krn mbri inspirasi utk awk brubah.

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s