Advertisements

Diuji selepas berkahwin

Perkahwinan memang indah.Ingat lagi aku hari pertama tinggal dengan ibu mertua. Satu hari ibu mertuaku meminta aku untuk memasak.”Dah tahu ini mesti dia nak ‘test’ aku”. Aku terus masak macam biasa gulai ketam masak lemak cili padi. Alhamdulillah berjaya. Keesokan hari aku dan suami akan berangkat ke rumah sewa kami di bandar (dah booking) untuk memulakan kehidupan sendiri dan cuba berdikari.

Kami sampai di bandar sekitar jam 9.00 malam. Sebaik sampai di rumah yang kami dah booking itu, aku lihat masih ada penghuni di dalamnya. Aku dan suami buntu. Tak tahu di mana aku dan suami nak tidur pada malam itu. Dengan segan silu suamiku meminta izin untuk menumpang tidur semalam di ‘rumah sewa’ kami tadi.

Tepat jam 8.30 pagi aku dan suami bergegas keluar mencari rumah sewa. Dalam perjalanan hendak mencari rumah sewa, kami ditimpa kemalangan jalan raya. Hati aku berbisik “apalagi ujian kali ini”. Alhamdulillah kami selamat.

Aku beritahu suami kalau kita tak jumpa rumah sewa, kita tidur sahaja dalam kereta. Suamiku terkejut lantas berkata ”abang akan cari juga sampai dapat”. Sehingga jam 12 malam kami belum juga jumpa rumah untuk disewa. Sekali lagi buntu tak tahu dimana kami mahu tidur.

Suami dah habis fikir dan terpaksa tebalkan muka untuk menumpang tidur dirumah kawan. Alhamdulillah kawan dia baik hati dan izinkan kami menumpang di rumahnya sehingga dapat rumah sewa.

Misi seterusnya, aku mencari kerja dan dapatlah kerja di pasaraya. Suamiku pula berniaga dengan kawan. Sebulan juga kami menumpang rumah. Bila dah dapat rumah sewa, datang lagi ujian. Kali ini suami di tipu rakan berniaga. Dalam tempoh sebulan, suami cuma dibayar rm200 sahaja. Nasiblah aku bekerja. Bolehlah bayar rumah sewa.

Aku cuba bersuara menyuruh suami berhenti berniaga dengan kawan. Bulan terakhir berniaga, suami tak dapat 1 sen pun gaji. Dahlah masa itu bulan puasa, dekat nak raya, nak balik kampung lagi. Aku terpaksa meminta duit dengan adik-beradik kerana tak sanggup lihat suami bersusah payah nak menyara aku.

Lapan bulan perkahwinan kami, sedikit demi sedikit Allah lengkapkan keperluan kami suami isteri. Alhamdulillah syukur. Satu tahun perkahwinan datang pula ujian lain. Bila balik kampung, ada sahaja yang bersuara bila nak mengandung sampai ada yang sinis berkata “macam tak ada harapan aje”. Aku amat terkejut. Agak stress dibuatnya. Tak boleh ke doa yang baik-baik dekat aku dan suami.

Perkahwinan aku kini dah masuk 3 tahun. Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk aku harungi ujian-ujian yang datang. Kadang-kadang aku rasakan aku tak sekuat orang lain untuk hadapi semua ini, tapi aku tawakal kepada Allah. Mungkin Allah nak beri aku dan suami kesenangan setelah banyak kesusahan yang kami lalui.

Sekarang aku masih berusaha untuk dapatkan zuriat buat suami tercinta. Akhir kata bersabarlah dalam menghadapi ujian Allah. Setiap ujian yang Dia beri kepada kita adalah kerana Dia sayangkan kita.😊
Coretan diatas adalah berdasarkan pengalaman seorang sahabat… kadangkala kita fikir kita cukup susah walhal ramai lagi yang susah dari kita… Allahuakbar!

Arie.

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s