Advertisements

Flight Delay ? Apa yang boleh dituntut !

Bila kali terakhir anda mengalami flight delay ?Seringkali kita mendengar dan membaca rungutan daripada orang awam berkenaan layanan yang tidak memuaskan oleh syarikat-syarikat penerbangan di Malaysia. Isu kelewatan di dalam jadual penerbangan atau flight delay menjadi sinonim dengan sesetengah syarikat penerbangan. Ada juga keadaan di mana penerbangan dibatalkan terus tanpa dimaklumkan sebab-musabab pembatalan.

Seiring dengan kepesatan industri penerbangan Malaysia, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia. Ianya wajar difahami oleh semua pelanggan-pelanggan perkhidmatan penerbangan agar tidak teraniaya oleh perkhidmatan sambil lewa sesetengah syarikat penerbangan.

mavcom

Di dalam Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang  diberi penjelasan dan perlu kita tahu ialah:

Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma- makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Dia juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih. Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.

Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih. Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

Jika penerbangan dibatalkan. Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harg yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.

KLIA2

Penumpang yang terkandas di KLIA2 akibat kelewatan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa. NSTP/ Fariz Iswadi Ismail.

Perkara-perkara di atas adalah antara yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama, Jagaan dan Pampasan, Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016. Anda boleh lah membaca dengan lanjut Kod berkenaan di sini  Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016

Jika anda mempunyai aduan yang ingin disuarakan bolehlah klik aduan untuk menfailkannya kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia. Ketahuilah hak anda.

Sumber : mavcom.my

 

Advertisements

Komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s