Dewan Serbaguna : Seksyen 7


Salam,

Di Bandar Baru Bangi ada dua dewan serbaguna iaitu di Seksyen 2 dan Seksyen 7.

Dewan serbaguna seksyen 7 terletak betul-betul sebelah surau dan juga taman rekreasi. Kadar sewaan yang dikenakan berpatutan dan lokasinya juga strategik. Cuma kalau dipasang kanopi di tempat letak kereta, tetamu yang datang naik kereta kenalah park kereta sepanjang jalan tak pun di surau bersebelahan.

Kedai-kedai pun dekat juga dalam 10 meter daripada dewan. Ada 7 eleven, Restoran Lengkuas dan Restoran Tomyam. Tapi kalau dah datang kenduri takkan nak singgah restoran pulak kan. Kalau pergi 7 eleven tu logik jugak, last minute nak beli ais ke, nak beli rokok ke

Court Badminton pun ada di dewan ni, sewanya pun teramatlah berpatutan. Jom tengok kadar sewa dewan ni.

1. Sewa Gelanggang Badminton

Siang – RM8, Malam – RM10  sejam    ( Sabtu/Ahad) Siang -RM12, Malam RM 14 sejam

2. Majlis Kahwin, Seminar, Hi tea (Cagaran RM 300)

Siang – RM 30, Malam RM 40 sejam   (Sabtu/Ahad) Siang – RM 40, Malam RM 50 sejam

3. Sukan/Tarian

Siang – RM 12, Malam RM 15 sejam   (Sabtu/Ahad) Siang – RM 15, Malam RM 17 sejam

Borang permohonan klik di sini http://www.mpkj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=255ab5d5-7b92-42da-8347-ef260d005b09&groupId=10131

About these ads